Sabar.. perkataan yang sangat mudah untuk disebut. Siapa pun boleh menyebutnya dengan mudah. Keadaan sebenarnya, hanya Allah sahaja yang tahu. "Tidak akan diuji seseorang diluar kemampuannya menghadapi ujian tersebut" Aku terima ujianMu ini Ya Allah. Tidak aku bersangka buruk. Aku bersyukur ini mungkin jalannya untuk aku mendekatkan diriku padaMu. Tiada daya upayaku hanya dengan kudrat dan iradatMu sahaja yang membolehkan aku berdiri bergerak dan maju ke hadapan.
Ku selusuri jalan yang ku lalui sepanjang usia aku ini.. 44 tahun (2015) Fasa umur yang dikatakan fasa berantaraan. Jika sudah mula menunjukkan kecenderungan ke arah pembangunan rohani Alhamdulillah. Jika sebaliknya teruskan berdoa agar diri termasuk dalam golongan yang diberi hidayah. Jika diberikan hidayah.. teruskan berdoa agar ianya bertambah setiap masa. Husnul Khotimah dan redhaNya yang dicari.
Ku panjatkan doa,
Ya Rahman Ya Rahim.. Ya Mutaqabbir..
Kasihanilah diriku.. ampunkan dosa-dosaku.. tidak terhitung..hinanyanya aku.. segala nikmatMu aku terima tetapi dosa-dosaku bertambah-tambah jua. Aku mohon padaMu Ya Allah.. ampunkan aku yang sering tersasar. Sesungguhnya aku sangat lemah.. Tiada daya upayaku selain daripada apa yang Engkau izinkan untukku.
Ya Allah, Engkau ampunkan dosa anak-anakku..aku cukup payah menzahirkan sayangnya aku pada mereka..itu kelemahanku yang paling nyata. Tapi.. tiap kali aku titipkan doa untuk mereka. Ya Allah berikan hidayahMu untuk anak-anakku, Amir Hamzah, Syafiq, Hanan dan Azim.. Ya Allah kurniakanlah hidayahMu untuk mereka. Tunjukkanlah mereka jalan yang benar..Hindarilah mereka daripada kejahatan dan kemaksiatan. Lembutkanlah hati-hati mereka untuk menurut jalan yang Engkau redai. Pautkan hati-hati mereka untuk berkasih sayang.Jadikanlah mereka golongan yang menunaikan solat. Ya Allah.. aku sangat takut pada azabmu samada di dalam kubur dan di akhirat kelak akibat meninggalkan solat. Tetapkanlah hidayahMu dalam hati anak-anakku. Pandulah mereka untuk menjadi anak yang soleh. Sesungguhnya mereka tiada dosa denganku.Aku redha terhadap semua anak-anakku. Mereka anugerahMu terbaik untukku.Khilaf aku dalam mencorakkan mereka..ampunkan aku Ya Allah.Ampunkan aku Ya Allah..Ampunkan aku Ya Allah..
Popular Posts
-
Minggu lepas (10/12/2012) kami sekeluarga menziarahi sepupu di Kg Peserai Batu Pahat. Sebelum tu bermalam di Homestay Kg Sungai Gerisik d...
-
BANJIR beralun ganas, berolak rakus menerjah berlalu pantas.. menyimbah ..menerjah..mengganas.. tiada sendi tiada tulang tiada rahang namu...
-
Sabar.. perkataan yang sangat mudah untuk disebut. Siapa pun boleh menyebutnya dengan mudah. Keadaan sebenarnya, hanya Allah sahaja yang tah...
-
Hati sentiasa berbunga dan berkongsi ceria apabila mendengar ada kawan-kawan yang dapat menunaikan umrah atau haji. Sentiasa mena...
-
KEMBOJA Putih warnamu mulus kelopakmu Harum sungguh baumu dibawa angin tersebar merata sambil melayah gugur ke bumi Namun sinonimny...
No comments:
Post a Comment