Popular Posts

Friday, December 26, 2014

BANJIR
beralun ganas, berolak rakus menerjah berlalu pantas.. menyimbah ..menerjah..mengganas..
tiada sendi tiada tulang tiada rahang
namun
bujur lalu melintng patah..
segala ditelan segala dikarau
dibawa pergi sekonyong-konyong
putih mata melihat sahaja
Tiada daya, tiada upaya..
harta ada maknanya tiada
nyawa terpisah dek selapis air
Tiada daya tiada upaya
kerdilnya lemahnya
Gantungkan harapan pada Al-Khaliq
Serahkan jiwa sepenuhnya..
Dia perancang penentu segala
Kita ini hambanya
tenanglah jiwa redhalah hati
Astagfirullah Astagfirullah
Kita ini hambanya..

Thursday, December 25, 2014

Hati sentiasa berbunga dan berkongsi ceria apabila mendengar ada kawan-kawan yang dapat menunaikan umrah atau haji. Sentiasa menadah telinga apabila mereka balik dan bercerita pengalaman masing-masing ketika mengunjungi Baitullah dan bumi Madinah. Jika ditukar cerita-cerita itu dalam bentuk gambarajah Venn maka tindanannya sangat besar atau mungkin juga jadi subset, Ini bermakna cerita masing-masing hampir sama tapi semuanya tidak pernah jemu untuk didengar. Maka tersemat dalam hati untuk menjejaki langkah kawan-kawan itu. Duit dalam tabung haji taklah banyak. Potongan sebulan hanya Rm100. Tapi sentiasa jadi tabungan kecemasan. Jadi bukan sebenar-benarnya tabungan untuk menunaikan ibadah rukun ke-5 sementelah akaun itu telah dibuka dari tingkatan 4 lagi. Tiada yang serius. Jadi gurauan pula tiap-tiap kali mengeluarkan duit dari tabung haji..kata-kata " naik haji pulak dah.." menjadi bahan ketawa. 2008 hati mula berkata-kata sendiri. Sampai bila tabungan nak cukup ni. Suatu hari balik dari sekolah, (saya ni cikgu)kebetulan suami cuti. "Bang, jom pi pejabat Tabung Haji. Kita daftar." Ajak saya kepada suami dan petang itu kami rasmi mendaftar untuk menunaikan haji. Akaun saya berbaki R 2500.00 sahaja. Tahun anggaran menunaikan haji adalah 2023. Fuh.. lamanya. Bermulalah fasa berikutnya. Macam mana nak cukupkan duit ni. Kebetulan suami baru memulakan projek menyewa khemah. Sebenarnya kami beli peralatan sewa khemah sahaja. Ini termasuklah 2 khemah 20 X 20, kerusi 40 buah dan meja 10 buah. Semunya diserah kepada seorang suami kawan kami untuk diuruskan. Kami jadi 'silent partner sahaja'. Target group cuma orang-orang kampung nak buat kenduri, Murah. RM160 khemah satu set. Tak ada scllop bagai. Tapi kami sediakan juga kain 1 warna aje untuk buat scallop dengan syarat buat sendiri.Alhamdulillah kawan kami itu berjaya mempromosi bisnes sampai tak menang tangan pula. Allahu Akbar. Rezeki daripada Allah sentiasa ada. Dua tiga bulan sekali kawan kami tu menyerahkan hasil business. Dan tiap-tiap kalilah kami tabungkan duit itu mengikut giliran ke akaun kami. Sehingga kini duit di Tabung Haji itu tidak pernah dikeluarkan untuk membiayai projek-projek'kecemasan' kami lagi. Kena istiqamah dan kuatkan hati.