Popular Posts

Tuesday, September 1, 2015

Sabar.. perkataan yang sangat mudah untuk disebut. Siapa pun boleh menyebutnya dengan mudah. Keadaan sebenarnya, hanya Allah sahaja yang tahu. "Tidak akan diuji seseorang diluar kemampuannya menghadapi ujian tersebut" Aku terima ujianMu ini Ya Allah. Tidak aku bersangka buruk. Aku bersyukur ini mungkin jalannya untuk aku mendekatkan diriku padaMu. Tiada daya upayaku hanya dengan kudrat dan iradatMu sahaja yang membolehkan aku berdiri bergerak dan maju ke hadapan. 

 Ku selusuri jalan yang ku lalui sepanjang usia aku ini.. 44 tahun (2015) Fasa umur yang dikatakan fasa berantaraan. Jika sudah mula menunjukkan kecenderungan ke arah pembangunan rohani Alhamdulillah. Jika sebaliknya teruskan berdoa agar diri termasuk dalam golongan yang diberi hidayah. Jika diberikan hidayah.. teruskan berdoa agar ianya bertambah setiap masa. Husnul Khotimah dan redhaNya yang dicari. Ku panjatkan doa, 

Ya Rahman Ya Rahim.. Ya Mutaqabbir.. Kasihanilah diriku.. ampunkan dosa-dosaku.. tidak terhitung..hinanyanya aku.. segala nikmatMu aku terima tetapi dosa-dosaku bertambah-tambah jua. Aku mohon padaMu Ya Allah.. ampunkan aku yang sering tersasar. Sesungguhnya aku sangat lemah.. Tiada daya upayaku selain daripada apa yang Engkau izinkan untukku. Ya Allah, Engkau ampunkan dosa anak-anakku..aku cukup payah menzahirkan sayangnya aku pada mereka..itu kelemahanku yang paling nyata. Tapi.. tiap kali aku titipkan doa untuk mereka. Ya Allah berikan hidayahMu untuk anak-anakku, Amir Hamzah, Syafiq, Hanan dan Azim.. Ya Allah kurniakanlah hidayahMu untuk mereka. Tunjukkanlah mereka jalan yang benar..Hindarilah mereka daripada kejahatan dan kemaksiatan. Lembutkanlah hati-hati mereka untuk menurut jalan yang Engkau redai. Pautkan hati-hati mereka untuk berkasih sayang.Jadikanlah mereka golongan yang menunaikan solat. Ya Allah.. aku sangat takut pada azabmu samada di dalam kubur dan di akhirat kelak akibat meninggalkan solat. Tetapkanlah hidayahMu dalam hati anak-anakku. Pandulah mereka untuk menjadi anak yang soleh. Sesungguhnya mereka tiada dosa denganku.Aku redha terhadap semua anak-anakku. Mereka anugerahMu terbaik untukku.Khilaf aku dalam mencorakkan mereka..ampunkan aku Ya Allah.Ampunkan aku Ya Allah..Ampunkan aku Ya Allah..

Friday, December 26, 2014

BANJIR
beralun ganas, berolak rakus menerjah berlalu pantas.. menyimbah ..menerjah..mengganas..
tiada sendi tiada tulang tiada rahang
namun
bujur lalu melintng patah..
segala ditelan segala dikarau
dibawa pergi sekonyong-konyong
putih mata melihat sahaja
Tiada daya, tiada upaya..
harta ada maknanya tiada
nyawa terpisah dek selapis air
Tiada daya tiada upaya
kerdilnya lemahnya
Gantungkan harapan pada Al-Khaliq
Serahkan jiwa sepenuhnya..
Dia perancang penentu segala
Kita ini hambanya
tenanglah jiwa redhalah hati
Astagfirullah Astagfirullah
Kita ini hambanya..

Thursday, December 25, 2014

Hati sentiasa berbunga dan berkongsi ceria apabila mendengar ada kawan-kawan yang dapat menunaikan umrah atau haji. Sentiasa menadah telinga apabila mereka balik dan bercerita pengalaman masing-masing ketika mengunjungi Baitullah dan bumi Madinah. Jika ditukar cerita-cerita itu dalam bentuk gambarajah Venn maka tindanannya sangat besar atau mungkin juga jadi subset, Ini bermakna cerita masing-masing hampir sama tapi semuanya tidak pernah jemu untuk didengar. Maka tersemat dalam hati untuk menjejaki langkah kawan-kawan itu. Duit dalam tabung haji taklah banyak. Potongan sebulan hanya Rm100. Tapi sentiasa jadi tabungan kecemasan. Jadi bukan sebenar-benarnya tabungan untuk menunaikan ibadah rukun ke-5 sementelah akaun itu telah dibuka dari tingkatan 4 lagi. Tiada yang serius. Jadi gurauan pula tiap-tiap kali mengeluarkan duit dari tabung haji..kata-kata " naik haji pulak dah.." menjadi bahan ketawa. 2008 hati mula berkata-kata sendiri. Sampai bila tabungan nak cukup ni. Suatu hari balik dari sekolah, (saya ni cikgu)kebetulan suami cuti. "Bang, jom pi pejabat Tabung Haji. Kita daftar." Ajak saya kepada suami dan petang itu kami rasmi mendaftar untuk menunaikan haji. Akaun saya berbaki R 2500.00 sahaja. Tahun anggaran menunaikan haji adalah 2023. Fuh.. lamanya. Bermulalah fasa berikutnya. Macam mana nak cukupkan duit ni. Kebetulan suami baru memulakan projek menyewa khemah. Sebenarnya kami beli peralatan sewa khemah sahaja. Ini termasuklah 2 khemah 20 X 20, kerusi 40 buah dan meja 10 buah. Semunya diserah kepada seorang suami kawan kami untuk diuruskan. Kami jadi 'silent partner sahaja'. Target group cuma orang-orang kampung nak buat kenduri, Murah. RM160 khemah satu set. Tak ada scllop bagai. Tapi kami sediakan juga kain 1 warna aje untuk buat scallop dengan syarat buat sendiri.Alhamdulillah kawan kami itu berjaya mempromosi bisnes sampai tak menang tangan pula. Allahu Akbar. Rezeki daripada Allah sentiasa ada. Dua tiga bulan sekali kawan kami tu menyerahkan hasil business. Dan tiap-tiap kalilah kami tabungkan duit itu mengikut giliran ke akaun kami. Sehingga kini duit di Tabung Haji itu tidak pernah dikeluarkan untuk membiayai projek-projek'kecemasan' kami lagi. Kena istiqamah dan kuatkan hati.

Sunday, December 16, 2012

Jalan-jalan di Batu Pahat

Minggu lepas (10/12/2012) kami sekeluarga menziarahi sepupu di Kg Peserai Batu Pahat. Sebelum tu bermalam di Homestay Kg Sungai Gerisik di Muar. Rumah Mesra Rakyat. RM 150 semalam semua ada kecuali dapur memasak. Dah namanya bercuti maka ibu pun cuti masaklahlah. Jadi nohallah!. Yang lain sangat bagus. Siap ada tiga balang biskut. Din habiskan satu balang. Ish! Ish!Ish.. Esoknya bermandi mandalah di hot spring Sg Gerisik..

Monday, January 17, 2011

KEMBOJA

Putih warnamu

mulus kelopakmu

Harum sungguh baumu

dibawa angin tersebar merata

sambil melayah gugur ke bumi


Namun

sinonimnya engkau dengan kematian

menghilangkan asyiknya


Ditengah malam purnama

Berdiri bulu roma kala wangimu menjengah deria

Terbayang lembaga putih bergentayangan


Walau yang cuma

angin malam membawa

harmoni alam bersatu,

saling memerlu


Betapa Maha Pencipta

Membentangkan segala

Untuk kita mengira dan berkira